Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Smoothie ESP

Assalammualaikum semua..

Ingat lagi tak, entry sebelum ni saya ada kongsikan resepi menarik ESP.  tapi saya cuma konsikan 3 resepi sahaja. Entry hari ini saya akan kongsikan lagi beberapa resepi smoothie ESP.  Jom tengok apa yang menarik untuk resepi smoothie ESP kali ini.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Kurma

Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma di dalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan anda bertenaga sepanjang hari lebih-lebih lagi ketika anda berpuasa!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais
3 biji kurma (direndam dahulu semalaman)

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Avokado

Mengandungi kandungan lemak sihat, tekstur avokado yang penuh krim serta lembut menjadikan ia minuman enak dan berkhasiat untuk diminum sebagai sarapan pagi. Ia memberikan anda nutrisi yang lengkap serta membuatkan anda berasa kenyang.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan avokado
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Kiwi

Smoothie yang kaya dengan nutrisi ini memberikan anda rasa segar pada hirupan pertama. Ia membekalkan anda protein serta serat yang tinggi dalam
membantu sistem penghadaman. Rasa sekali pasti nak lagi!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan Kiwi
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Nenas dengan Ais Krim

Smoothie berperisa tropika ini memberikan kebaikan vitamin C di dalam hidangan anda. Kisar satu gelas dan nikmati suasana seperti berada di pantai
yang hangat. Badan dan minda anda akan berasa tenang dan segar!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar of ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan nenas
2 skop vanilla flavoured ice cream
1 limau segar
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Mangga dan Anggur

Buah manga yang tinggi dengan vitamin serta serat merupakan kombinasi yang terbaik dengan tambahan buah anggur yang mengandungi polifenol, untuk manfaat kesihatan. Minuman yang lazat ini memberi rasa kenyang sehingga ke hidangan seterusnya.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate
Powder
1 cawan susu rendah lemak
½ cawan anggur tanpa biji
½ cawan mangga
1 sudu kecil biji chia
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Strawberi dengan mentega kacang

Manfaat strawberi untuk kesihatan tidak dapat dinafikan. Ia juga boleh
dijadikan sebagai perisa dalam protein smoothie. Dengan tambahan
mentega kacang membuatkan anda mahu menghirup sedutan kedua!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan Strawberi
1 sudu besar kacang mentega
1 sudu besar oat
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Kakak Smoothie,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

3 Comments
  1. Noriza Rahman 1 year ago
    • Farha 1 year ago
  2. Sri Maryati 3 months ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.