Resepi Brownies Kedut

Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Hari ni saya tergerak hati untuk menulis atau konsi resepi brownies kedut kegemaran saya. Sebenarnya saya dah banyak kali buat brownies tapi susah nak jumpa resepi yang kena dengan selera saya yang suka makan ni.

Resepi ini saya ambil dari blogger terkenal, Kak ita dari Masam Manis. Dulu saya pelik juga dari mana datangnya kedut ni. Yang menariknya Kedut brownies ni menjadi igauan ramai. Tapi kalau kedut dimuka, bakal menjadi mimpi ngeri. hahaha..

Kedutan itu terhasil dari penggunaan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan hampir 1/2 kg. Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya. Pilihan butter juga pilih butter yang baik dan sebaiknya menggunakan ulsalted butter. Ia akan menghasilkan tekstur brownies yang lebih lembut.

Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.  hah nampak tak betapa mudahnya nak buat brownies kedut ni.

Resepi Brownies Kedut

Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara membuat:

  1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
  2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
  3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
    Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
  4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  5. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
  7. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
    Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  8. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Hiasan:

Untuk menghias brownies kedut ni ada bermacam cara. Antaranya sebelum brownies dibakar, kita boleh la tabur almond slice pada permukaan brownies. Selain dari itu boleh juga menghias brownies dengan nuttela/karamel. Jika ingin menghias dengan coklat nuttela/karamel, pastikan hias selepas brownies ini masak. insyaAllah rasanya sangat ummmppphhh..

Selamat mencuba

Pengemar Brownies,

Ummi Farha

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge