Resepi ESP

Teringin sesuatu yang lazat dan berkhasiat? Semestinya ESP!

Jom hari ini kita belaja RESEPI ESP. Eh jangan salah faham tau. bukan resepi cara buat ESP. Tapi resepi minuman yang menggunakan ESP sebagai bahan utama.

Seperti yang kita tahu, ESP ini membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Pengambilan protein pastinya menyeronokkan, lazat dan berkhasiat! Jika inginkan kudapan yang manis dengan campuran buah-buahan tropika dalam diet harian kita, jadikan smoothie bernutrisi ini sebagai snek harian. Pelbagai resipi protein (Resepi ESP) dikongsikan di sini, untuk kita cuba! Semuanya pasti menyelerakan dan mengujakan!

Resepi ESP yang pertama (1) adalah Smoothie Protein
Pisang Oat

Pisang membekalkan tenaga serta sumber kalium yang tinggi kepada badan. Kalium baik untuk jantung dan membantu dalam penyerapan kalsium. Resipi smoothie pisang oat yang lazat ini pastinya membuatkan anda berasa cergas untuk menjalani aktiviti harian.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
2 sudu besar oat
2 pisang (saiz kecil)
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Resepi ESP yang kedua (2) adalah Smoothie Protein Nenas dan Oren

Buah oren dan nenas yang tinggi kandungan vitamin C ini memberikan
anda rasa segar yang berpanjangan. Ia juga boleh dijadikan sebagai snek yang
lazat!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan nenas
1 cawan oren
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Resepi ESP yang ketiga (3) adalah Smoothie Protein Betik dan Halia

Redakan sakit perut dengan resipi smoothie yang mudah ini. Betik dapat membantu proses penghadaman, dan halia yang memberi rasa segar merupakan kombinasi duo yang menarik. Minuman yang enak dengan rasa tropika semestinya menjadi pilihan ramai!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan betik (potong & disejukkan)
2 sudu teh halia (potong kecil)
½ cawan perahan lemon
1 cawan ais
½ cawan air

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Resepi ESP yang keempat (4)  adalah Smoothie Protein Oreo

Jika anda suka menikmati oreo, ini adalah resipi terbaik untuk anda cuba. Dengan menggunakan biskut oreo, rasa vanila coklat dirasai bersama dengan protein yang sihat & berkhasiat! Smoothie yang enak ini kaya dengan protein dan tenaga.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan susu rendah lemak
2 keping biskut Oreo (Dihancurkan)
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati

Sahabat Smoothie,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

Tips Memilih Protein

5 Tips Memilih Protein

Hari ini saya nak berkongsi tips untuk memilih protein yang betul. Kenapa tips memilih protein ini sangat penting? Tips memilih protein sangat penting untuk  kita mengetahui mana yang terbaik ntuk kita dan keluarga kita.

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan-GMO?
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?
Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.

Jadilah pengguna yang bijak. Sebelum membeli pastikan kita mengaji protein yang bakal atau yang sedang kita makan. Ini untuk mengelakkan kita rasa tertipu dan untuk memastikan kesihatan kita kekal terjamin. Saya harap tips memilih protein ini dapat membantu kita semua lebih bijak sebelum membeli.

Sahabat Prihatin

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

 

 

 

Santai petang

Setiap petang dah menjadi rutin hero dan heroin saya untuk menghabiskan masa beriadah atau lebih senang kita sebut bermain. Biasalah zaman sekarang tak boleh nak samakan dengan zaman dahulu.

Dulu masa saya kecil, pokok durian pun saya panjat. Bebas berlari, melompat. Tak kira masa dan tak kira tempat. Tapi zaman sekarang? Disebabkan faktor keselamatan dan zaman sekarang ni macam-macam fesyen orang jahat tau, so hero heroin saya main setakat kawasan taman je. Alhamdulillah adalah juga peluang nak bersantai petang kan.

Aktiviti Santai Petang

Antara aktiviti yang anak saya sangat gemar adalah berbasikal dan berlari. Bukan setakat anak saya suka, saya pun suka. Bukan saya suka berlari tau. Tapi saya suka anak saya berlari. Bila keluar peluh tu tandanya dia berjaya menggunakan tenaga yang banyak dan itu bermakna baki tenaga dia tinggal sikit. Itu juga bermakna malam senang lah dia nak tidur. Tak ada lah kena paksa tidur baru nak tidur. Hehehe..

Aktiviti santai petang ni bukan hanya untuk “membantu” anak saya tidur awal di malam hari. Tetapi saya nak mengalakkan anak saya untuk bersosial. Tak adalah hanya pegang gadget. Walaupun ada kebaikan daripada gadget tetapi keburukan gadget lebih banyak sebenarnya tau. Antaranya anak jadi susah untuk mendengar arahan (terlalu leka dengan gadget). Idea santai petang adalah untuk mengelakkan anak saya bersahabat baik dengan gadget.

Sambil-sambil saya boleh lah guna peluang ini untuk beramah mesra dengan jiran tetangga. Bertanya khabar dan bertukar cerita. Waktu santai petang ni lah waktu terbaik untuk kita mengenali jiran kita. Waktu ni jugalah saya akan memaklumkan kepada yang saya ada menjual produk shaklee. Kadang kala kami bertukar juadah minum petang (isk macam mana nak diet ni. Haha..)

Apa aktiviti santai petang anda pula? Jom share. Mana tau boleh bertukar idea.

Jiran Santai Petang,
Ummi Farha

 

Apa itu GMO

Secara jujurnya saya tak tahu apa itu GMO dan apa itu Non GMO sehinggalah saya mendaftar ahli sebagai pengedar Shaklee. Ketika itulah baru saya sedar sebenarnya banyak lagi ilmu kesihatan yang belum saya ketahui dan tak banyak ilmu yang berkaitan dengan kesihatan didedahkan kepada kita.

Apa itu GMO?

GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat atau ciri-ciri yang dikehendaki.

Apakah gen ?

Setiap tumbuhan dan haiwan diperbuat daripada sel-sel. Pada pusat sel terdapat nukleus. Di dalam setiap nukleus terdapat rentetan DNA. Urutan pendek DNA dipanggil gen. Gen beroperasi dalam rangkaian kompleks yang halus dikawal selia bagi membolehkan proses organisma hidup berlaku di tempat yang betul dan pada masa yang tepat.

Kalau dulu kita kita belajar kaedah cantuman pokok(pokok dengan pokok) kaedah kacukan haiwan (haiwan dengan haiwan yang sama jenis) tapi sekarang, teknologi sudah canggih dan manusia mula bertindak diluar tabii. Gen manusia dan haiwan telah dimasukkan pada tumbuhan, begitu juga gen haiwan lain telah dimasukkan pada haiwan yang berlainan jenis. Sebagai contoh , jurutera genetik telah memindahkan gen dari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus thuringiensis atau Bt ke dalam DNA jagung. Gen Bt menghasilkan protein yang boleh membunuh serangga , dan pemindahkan gen membolehkan jagung untuk menghasilkan racun perosak sendiri. Dengan pengubahsuaian genetik ini juga membolehkan sesetengah pokok tahan lasak kepada racun serangga perosak. Contohnya seperti Kacang soya – Gene diambil dari bakteria (Agrobacterium sp. strain CP4) dan dimasukkan ke dalam kacang soya untuk membuat mereka lebih tahan racun herba. Jadi, dengan ini petani-petani moden, dengan sewenang-wenangnya menyembur racun perosak pada tumbuhan bagi membunuh serangga perosak yang merosakkan tanaman.

Apa itu GMO dan Adakah GMO selamat?

Negara-negara yang paling maju tidak menganggap GMO selamat. lebih daripada 60 buah negara seluruh dunia termasuk Australia, Jepun dan semua Negara-negara di kesatuan Eropah, mengharamkan secara terang-terangan kepada pengeluaran dan penjualan GMO. Dimudahkan cerita, pada tumbuhan, teknik ini memberi kebaikan untuk kekebalan pokok tapi kepada manusia, ia akan memberikan kesan sampingan dan tidak baik untuk kesihatan.

Dibawah adalah antara penemuan tentang keburukan kajian GMO:
sumber : http://www.non-gmoreport.com/whatisnon-gmo.php

  • GM corn causes liver and kidney damage in rats – A study conducted by French scientists and published in Archives of Environmental Contamination and Toxicology found symptoms of poisoning and liver and kidney damage in rats fed a GM corn.
  • GM soy increased mortality in rats, reduced fertility in hamsters – A 2006 study conducted by Irina Ermikova of the Russian National Academy of Sciences found that more than half the babies from mother rats fed GM soy died within three weeks. In another Russian study scientists found that hamsters fed GM soy had lost their ability to reproduce by the third generation. The hamster pups also suffered slower growth and high mortality.
    Tryptophan tragedy – A genetically engineered form of an L-tryptophan food supplement was responsible for the deaths of thirty-seven people and disabling of several thousand more in 1989.
  • GM potatoes harm rats – In the late 1990s, Arpad Pusztai, Ph.D., a molecular biologist, conducted a study on genetically modified potatoes for the Rowett Research Institute in Scotland. Pusztai conducted feeding experiments on rats and found that the potatoes damaged the animals’ gut, other organs, and immune systems.

Apa pula Non-GMO (Bukan GMO)?

Non-GMO adalah sebaliknya daripada GMO Ia merupakan organisma yang tidak diubahsuai secara genetik. Bermaksud, ia membesar secara semulajadi tanpa ada pengubahsuaian gen.

NON GMO adalah bahan yang tidak di ubah secara genetik atau bahasa mudahnya adalah bahan makanan yang tidka di campur dengan bahan kima dan ia tidak memudaratkan kita bila kita makan makanan yang NON GMO ini.

Sahabat Sihat Anda:

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

Apa itu Soya

Jom kenali Apa itu Soya

Soya, sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu.

Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 – 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 – 4 biji, panjangnya 3 – 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm.

Masih samar apa itu soya?

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan.

Apa itu Soya?

Kacang soya merupakan tanaman penting di Amerika Syarikat dimana ia merupakan sumber minyak dan makanan ternakan utama. Di Asia, kacang soya adalah penting bagi penghasilan barangan makanan seperti kicap, dan tempe.

Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk makanan soya (digunakan untuk makanan ternakan), tepung soya, tauhu, textured vegetable protein (TVP, yang dijadikan pelbagai jenis makanan pemakan sayuran, sesetengah daripadanya bertujuan bagi menyerupai daging), tempe, soya lecithin dan minyak sayuran. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

Apa itu Soya? Apa itu GMO?

Kacang soya merupakan tanaman yang genetiknya sedang diubahsuai, dan GMO kacang soya digunakan dalam penghasilan yang semakin meningkat. Ketika ini, 80% daripada kesemua kacang soya yang ditanam bagi pasaran perdagangan adalah diubahsuai secara genetik (GMO) .

GMO ini sebenarnya adalah Organisma terubah suai secara genetik (genetically modified organism atau GMO) adalah organisma yang bahan genetiknya telah diubahsuai dengan menggunakan teknik, dalam bidang genetik, biasanya dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA. Teknologi penyatuan semula DNA adalah keupayaan untuk mengabung molekul DNA daripada pelbagai sumber menjadi satu rantaian molekul dalam tiub pengujian. Dengan itu, keupayaan atau phenotaip organisma itu, atau kandungan protein yang dihasilkannya, boleh diubah melalui penukaran gennya.

Dalam kata lain yang lebih mudah untuk kita faham adalah GMO ni apabila mengubah genetik sesuatu tumbuhan untuk mendapat sesutu hasil. Contoh Genetik soya diubah bagi memastikan soya tidak mudah rosak, tahan cuaca yang lasak dan sebagainya. Namun demikian, perubahan genetik ini sebenarnya tidak baik untuk tubuh manusia jika kita mengambil dalam kuantiti yang banyak.

Apabila hasil soya khusus seperti tahu dan susu soya bertambah popular, maka wujudnya kesedaran dari manusia mengenai keburukan GMO. Dengan itu wujud perbagai syarikat kesihatan dan syarikat organik yang mengeluarkan soya bukan GMO, . Dari  ini, harga tahu dan susu soya biasa menurun berbanding barangan lama ada seperti daging dan susu.

 

Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS only)

COD Pengkalan Chepa

Pos Seluruh Malaysia

Fakta mengenai Kopi

Jom kita tengok fakta mengenai kopi. Apa yang sangat menarik mengenai kopi dan penggemar kopi ni. Nak tahu? teruskan membaca entry saya ini.

Anggaran dalam sehari

Fakta mengenai kopi yang pertama adalah lebih kurang tiga suku daripada kita sngat gemar minum kopi. Dan lebih daripada separuh mengatakan mereka meminumnya setiap hari. Pakar tidak pasti apa risiko pada keishatan kesihatan (jika ada – jika anda minum terlalu banyak kopi). Itulah sebabnya kita disarankan untuk minum dua hingga cawan sahaja dalam sehari.

Kafein

Fakta mengenai kopi yang kedua adalah kopi panggang mempunyai kira-kira 115 mg kafein pada setiap cawan 5-ounce jika ia dibuat dalam periuk minuman.  Kopi segera  mempunyai kira-kira 65 mg kafein setiap cawan.

Asal usul kopi

Fakta mengenai kopi yang seterusnya adalah dari mana sebenarnya kopi berasal? Daripada 25 spesies pokok tumbuhan atau lebih utama, semuanya berasal dari kawasan tropika Afrika, terutamanya Ethiopia.

Kopi Decaf 

faktamengenai kopi yang terakhir adalah hampir semua dekaf kopi mempunyai sekurang-kurangnya beberapa kafein. Lima hingga 10 cawan decaf boleh memberi anda kafein yang sama seperti satu cawan dari bahan sebenar

Pada pengemar kopi, jangan takut untuk meneruskan pengambilan kopi dalam hidup seharian cuma jangan lah ambil dalam kuantiti yang banyak dan paling utama kawal pengambilan gula dalam kopi anda. bak kata iklan dalam TV, kurangkan gula dalam minuman, lebihkan senyuman dalam kehidupan,

Sahabat Shaklee Anda,

Farha Hazwani 013-2223611 (WhatsApp/SMS only)

Shaklee Pengakalan Chepa

Pos Seluruh Malaysia

 

 

Kenali Bawang Putih

Rasanya  semua orang kenal apa itu bawang putih dan tahu rupa bentuk bawang putih tapi adalakah kita benar-benar tahu mengenai bawang putih. Jom kenali bawang putih.

1. Kenali Bawang Putih – Bukan Herba

Bau dan rasanya selalu dikaitkan dengan daun bawang, bawang, dan bawang merah. Ia berasal dari tumbuhan keluarga bunga lily, dan bawang putih menjadi makanan utama di dapur tukang masak. Bawang putih telah lama digunakan sebagai ubat sejak beribu-ribu tahun dahulu. Semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II, ia digunakan untuk membantu mengelakkan gangren (apabila tisu badan mati kerana jangkitan atau kekurangan aliran darah).

2. Kenali Bawang Putih – Bawang putih yang mentah lebih baik untuk anda daripada yang dimasak

Sekiranya anda memasak, jangan panaskanya melebihi 60° C atau 140 ° F. Suhu yang lebih tinggi boleh membunuh kompaun yang memberikannya kuasa besar. Kuasa besar pada bawang putih adalah membantu meningkatkan sistem imun anda, melawan keradangan, dan mengekalkan tekanan darah anda stabil, dan banyak lagi Masukkan bawang putih ke hidangan anda apabila hampir selesai memasak.

3. Kenali Bawang Putih – Minyak bawang putih boleh membantu melegakan sendi sakit

Anda mungkin mempunyai “ubat” untuk melegakan sendi di dapur anda. Ia mungkin terdengar pelik, tetapi menggosok minyak bawang putih di kawasan yang sakit dapat membuatnya berasa lebih baik kerana ia dapat membantu meredakan keradangan.

4.  Kenali Bawang Putih – Menggosok bawang putih di muka boleh membantu mengecutkan jerawat

Ia boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Tetapi berhati-hatilah sebelum anda mencubanya. Menggosok bawang putih di wajah anda boleh membuat kulit anda terasa seperti terbakar – dan membuatnya berbau.

5.  Kenali Bawang putih – Simpan ditempat yang kering

Kesejukan dan kelembapan peti ais akan menjadikan pucuk hijau lebih cepat. Biarkan bawang putih dan bawang jauh dari makanan lain supaya bau kuat mereka tidak tersebar ke sayuran lain.

6.  Kenali Bawang putih – Jangan buang bawang putih yang tumbuh pucuk

Pucuk yang lebih tua dengan pucuk hijau muda mungkin lebih baik untuk anda daripada yang segar. Satu kajian mendapati bahawa bawang putih yang telah tumbuh selama 5 hari mempunyai antioksidan yang lebih sihat hati berbanding yang lebih muda. Antioksidan boleh membantu melindungi anda daripada perkara yang boleh merosakkan sel-sel anda.

 

Cara Elak Membazir Masa

Jom kita ketahui Cara Elak Membazir Masa

1. Cara Elak Membazir Masa dengan Tetapkan Matlamat Anda

Apabila bercakap mengenai matlamat utama hidup kita, pastikan matlamat kita menjurus kepada  pekerjaan dan aktiviti harian dirumah. Sebagai contoh, anda mungkin ingin mencari keseimbangan kerja-hidup yang lebih baik, dapatkan lebih banyak senaman, dan lebih banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti selepas sekolah/kerja anda. Sebaik sahaja anda tahu apa tumpuan utama, anda boleh memecah menjadi tugas yang lebih kecil dan memberi tumpuan kepada cara menyesuaikannya ke dalam hidup anda.

2. Cara Elak membazir masa dengan ‘Keep Track” @ Ikut laluan

Ia boleh membantu untuk mengambil masa seminggu atau lebih dan perhatikan berapa lama ia benar-benar membawa anda untuk melakukan perkara-perkara yang anda lakukan sepanjang masa – melakukan dobi, membuat sarapan, membuat katil anda. Kebanyakan orang meremehkan berapa lama masa yang diperlukan untuk melakukan sesuatu yang mudah seperti mandi dan meremehkan masa yang diperlukan untuk tugas yang lebih besar, seperti menulis kertas panjang. Jika anda tahu dengan tepat bagaimana anda menghabiskan masa anda, anda mungkin dapat menguruskannya dengan lebih baik.

3. Cara Elak membazir Masa dengan Memberi “Keutamaan”

Letakkan perkara dalam 4 kumpulan:

  • Urus dan penting
  • Tidak penting tetapi penting
  • Urus tetapi tidak penting
  • Tidak penting dan penting jugaMatlamatnya adalah untuk mempunyai beberapa perkara di bawah “penting dan sangat penting” yang mungkin. Tekanan akan timbul dan membolehkan mereka melakukan sesutu pekerjaan itu dengan pantas tanpa perlu membuang masa. Jika anda menguruskan masa anda dengan baik, anda mungkin akan menghabiskan sebahagian besar masa anda untuk “tidak penting, tetapi penting” – di mana anda boleh mendapatkan perkara-perkara yang paling berguna yang dilakukan dan tidak akan merasa terbeban dikemudian hari.

4.  Cara Elak membazir Masa dengan membuat Jadual Harian Anda

Sebaik sahaja anda mengetahui berapa lama perkara yang diambil dan yang paling penting, mula merancang sesuatu. Jadilah fleksibel. Adakah anda lebih banyak dilakukan pada waktu petang atau pagi? Adakah anda suka untuk berehat pada waktu malam anda? Adakah anda lebih cenderung untuk melakukan kerja yard jika anda mempunyai sedikit masa untuk melakukannya sekaligus atau menyebarkannya dalam seminggu? Fikirkan tentang apa yang paling sesuai untuk anda, dan jangan takut mengubah perkara itu.

Jom kita pastikan masa kita tidak dibazirkan begitu sahaja

5 Tahun Makan Vitamin Shaklee

Alhamdulillah kalau dikira mengikut tahun, InsyaAllah genap 5 tahun makan vitamin Shaklee. Alhamdulillah berkat kesabaran dan disiplin mengamalkan makanan tambahan, Shaklee tidak pernah mengecewakan kak Farha.  Bukan sahaja kak Farha tetapi seluruh keluargaka Farha juga bersama mengamalkan makanan tambahan ini. Dimulakan dengan diri kak Farha dan diikuti suami serta anak-anak, kini seluruh keluarga kami termasuk mak ayah turut mengamalkan makana tambahan dari Shaklee

5 Tahun Makan Vitamin Shaklee – Pengalaman Indah Hamil dengan Shaklee

Diikutkan kak Farha bukanlah seorang yang gemarkan vitamin. Sebabnya takut GEMUK. kak Farha selalu di momokkan dengan pengambilan vitamin boleh menyebabkan kegemukan. Sewaktu kecil mak ayah kak Farha ada membelikan vitamin C Apetton. Tapi apabila meningakt dewasa, kak Farha terus terlupa kepentingan vitamin. Sehinggalah kak Farha disahkan hamil pada 2011, makan vitamin yang dibekalkan doktor adalah disebabkan terpaksa. Terpaksa rela demi melihat si comel yang ada dalam perut sihat.

Tapi kak Farha ada masalah HB ketika hamil anak pertama. Bermacam-macam cara yang kak Farha buat demi nak menaikkan semula HB yang tidak cantik itu. Sampaikan kak Farha cakap dalm hati “aku sanggup makan apa jua makanan/supplement demi anak dalam kandungan ini. Gemuk belakang cerita (maklum la ketika ini momok banyak menghantui kak Farha dengan bisikan nanti GEMUK). Alhamdulillah setelah bermacam ikhtiar, HB normal.

Pada kehamilan ke 2, Kak Farha serik dengan pengalama kehamilan pertama dan terus ikhtiar dengan vitamin Shaklee. ALhamdulillah kesan yang sangat positive. Antaranya tiada lagi masalah HB rendah, tiada lagi masalah cramp kaki di waktu malam, tiada masalah kencing manis (paling risau selepas ujian minum air gula) & tiada masalah darah tinggi (ada sejarah keluarga).  Pengalaman ketika pantang juga sangat indah Alhamdulillah. Tiada masalah sembelit dan anak membesar dan sihat dengan jayanya. Alhamdulillah Allah beri keserasian bersama Shaklee.

5 Tahun Makan Vitamin Shaklee – Menambah pendapatan sampingan

Semenjak menyandang gelara SURIRUMAH Kak Farha, memutuskan untuk menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan di rumah. 5 Tahun makan vitamin Shaklee membuatkan mata kak Farah terbuka luas betapa pentingnya makanan tambahan/Supplement dalam tubuh kita lebih-lebih lagi disaat dunia moden yang sentiasa menghidangkan pelbagai jenis makanan segera.

Daripada pengalaman makan shaklee secara solo, kini kak Farha kongikan kebaikan 5 tahun makan vitamin Shaklee bersama sabahat lain diluar sana. bagi yang mahu mencuba kebaikan vitamin ini, WhatsApp kak Farha. Yang ingin menambah pendapatan, boleh juga WhatsApp kak Farha. Bila kita ikhlas dan memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusa kita.

Kak Farha
0132223611
fara_fhe@yahoo.com
Pengedar Sah Shaklee Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa
Pos Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

Tak Percaya pada Supplement

Tak Percaya pada Supplement – Tak berkesan

Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplement. Bukan sebab apa, sebab saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sebab kawan saya pm so saya beli saja. Tapi sebab saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Tak Percaya pada Supplement – Pengalaman hamil Pertama dan Kedua

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, dengan kemalangan lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sebab sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya. Hanya amalkan calcium,obimin dari Klinik Kesihatan dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung. Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya. Bayangkan mengandung nak kerja lama-lama. Memang rasa nak nangis. Memang nangis pun. Tapi rezeki Allah S.W T nak bagi juga. Anak kedua masih alahan. Tak suka tangkap gmbr sebab asal letak gmbr dekat Facebook, kawan-kawandoktor sibuk serbu.

Hb berapa?? Low?? Kenapa pucat??

Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 malam saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dengar. Balik rumah nangis beritahu suami saya dah tak tahan dengan keadaan ini. Ada banyak bulan lagi. Saya penat. Setiap malam 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni. Laa dah nak kalsium tak minum susu macam mana. Masin mulut dia gula saya tinggi. Terus tersentak. Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Tak Percaya pada Supplement – Pengalaman baru dengan Shaklee

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik untuk cuba ESP. Saya yang anti supplement (tak percaya pada supplement) dan anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya tak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam. Beliau suggest Osteomatrix dan ESP. Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo. Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki . Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 malam pun saya senyum, gelak-gelak usik pesakit saya. Saya happy sangat sebab saya sihat dan kuat. Saya bertenaga.

Tak Percaya pada Supplement – Lebih bertenaga

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni? Rasa macam diri saya yang tak mengandung. Begitu cergas. Staff mula tegur doktor berseri sekarang ni. Tak pucat. Pesakit mula tegur doktor mengandung nampak berseri. Kulit doktor cantik. Tak pernah seumur hidup orang puji kulit saya gebu.

Hidung,pipi, dagu semua jadi tegang. Memang awet muda. Hahahaha. Terus mana-mana ibu mengandung yg nangis depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka semua cakap dah boleh bgn pagi. Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung. Saya enjoy mengandung.

Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy. Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal. Bila Allah tarik baru kita terasa. Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya untuk tolong ibu lain dari rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

DR Hasifah, happy Shaklee user

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kak Farha
0132223611
fara_fhe@yahoo.com
Pengedar Sah Shaklee Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa
Pos Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak