Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kencing Kotor

Siapa penah dengar penyakit kencing kotor, meh share cerita korang semua dekat komen. Disaat sedang menulis entry kali ni, saya tengah berperang dengan kencing koter. Ya Allah sakitnya. Disebabkan sakit sangat lah tergerak hati nak kongsi serba sedikit mengenai kencing kotor ini. Mesti ada yang tanya macam mana sakit-sakit boleh menaip. kisahnya saya tengah memaksa diri untuk minum banyak air masak. So saya memaksa diri jangan baring. Nak sihat kena banyak berkorban kan. hehe..

Punca kencing kotor

punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana
selain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.
sewaktu hamil otot saluran kencing sangt lemah dan menyebabkan
ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
dalam waktu yang sama rahim semakin membesar dan
ianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya.
air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kuman
dan kuman tu akan membiak.

Jom Kenali Kencing Kotor

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.
  • Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala Kencing Kotor

  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.

Komplikasi Kencing Kotor

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang Kencing Kotor

  • Penyebab UTIĀ  yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri (Apabila menghadapi masalah Kencing Kotor)

  1. Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
    Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
  2. Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  3. Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  4. Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
  5. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan Kencing KotorĀ 

  1. Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  2. Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  3. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  4. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  5. Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  6. Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  7. Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  8. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  9. Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  10. Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Maka waspada selalu.bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

Sahabat Sihat Anda,

Farha Eahwan,

0132223611 (WhatsApp/SMS)

 

3 Comments
  1. Noriza Rahman 12 months ago
    • Farha 12 months ago
  2. ERNA RAFIQA 3 months ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.