Kawal Tekanan Darah

 

Zaman sekarang ni kan rasanya terlalu banyak cerita yang kita  dengar yang berkaitan dengan masalah tekanan darah. tapiyangpaling popular adalah masalah tekanan darah tinggi. Jika zaman dahulu kita sentiasa menganggap bahawa tekanan darah hanya menyerang golongan tua, tetapi sebenarnya tekaan kita salah. Kenapa? Kerana masalah tekanan darah kini menyerang tidak kira usia mahupun jantina. Ini bermakna tekanan darah boleh menyerang lelaki, perempuan, tua mahupun muda. begitu juga ibu hamil. Maka dengan itu mengawal tekanan darah adalah sangat uama bagi memastikan kesihatan sentiasa terjamin.

Jom intai Cara Kawal Tekanan Darah

Kawal Tekanan Darah  1. Kurangkan Pengambilan Garam

Sumber: Google Image

Garam meningkatkan tekanan darah, jadi kurangkan pengambilan garam membantu mengurangkan tekanan darah. Tidak lebih daripada 6g garam dalam sehari. Garam bukan sahaja di dalam makanan yang dimasak, tetapi juga garam yang ditambah kepada segala macam makanan dari roti atau bijirin sarapan pagi.

Kawal Tekanan Darah 2. Pemakanan Seimbang

Sumber: Google Image

Selain mengurangkan pengambilan garam, diet sihat iaitu makanan yang seimbang dan rendah lemak diperlukan. Amalan pemakanan 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.

Kawal Tekanan Darah 3. Senaman

Sumber: Google Image

Sentiasa aktif adalah penting untuk mengawal tekanan darah. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit (2 jam 30 minit) dengan melakukan aktiviti aerobik secara sederhana dalam tempoh seminggu. Ini termasuk berbasikal atau berjalan kaki pantas. Lakukan aktiviti lasak sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk menguatkan otot

Kawal Tekanan Darah 4. Berhenti Merokok

Sumber: Google Image

Merokok bukan hanya melibatkan paru-paru. Ia secara tidak langsung menjejaskan tekanan darah dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kawal Tekanan Darah 5. Mengurangkan Berat Badan

Sumber: Google Image

Jika anda obes atau berat badan berlebihan, dapatkan berat badan yang ideal. Indeks Jisim badan atau BMI yang sesuai boleh dikira untuk mengukur nisbah ketinggian kepada berat badan yang sihat.

Kawal Tekanan Darah 6. Mengurangkan Pengambilan Kafein

Sumber: Google Image

Tekanan darah boleh meningkat dengan pengambilan lebih 4 cawan kopi sehari. Kafein juga terkandung di dalam kola, teh dan juga coklat.

Kawal Tekanan Darah 7. Berehat / Bersantai

Sumber: Google Image

Bersantai boleh membantu kawal tekanan darah. Amalkan yoga, meditasi atau meneliti kursus-kursus pengurusan tekanan.

Sahabat Sihat,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge