Protein baik untuk Ibu

Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu

Protein baik untuk Ibu – Meningkatkan Seri Kulit

Sumber: Google Image

Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi
isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang
kulit untuk kelihatan lebih muda.

Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

Protein baik untuk Ibu – Menguatkan Rambut dan Kuku

Sumber: Google Image

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh

Protein baik untuk Ibu – Melegakan Ketidakselesaan Perut

Sumber: Google Image

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan
diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan
yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat

Protein baik untuk Ibu – Menyokong Kehamilan Yang Sihat

Sumber: Google Image

Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan
ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat

Protein baik untuk Ibu – Menggalakan Penghasilan Susu Ibu

Sumber: Google Image

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar

Mencari protein baik untuk ibu? Pastikan anda memilih protein soya terbaik untuk ibu.

Sahabat Shaklee Anda,

Farha Eahwan

013-2223611 (WhatsApp/SMS)

Shaklee Pengkalan Chepa, Pos seluruh Malaysia

2 Replies to “Protein baik untuk Ibu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge