Apa itu Soya

Jom kenali Apa itu Soya

Soya, sejenis tumbuhan yang berasal dari Asia Timur. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 sentimeter. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu.

Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 – 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 – 4 biji, panjangnya 3 – 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm.

Masih samar apa itu soya?

Kacang soya adalah legume berprotein tinggi yang ditanam sebagai makanan bagi manusia dan ternakan. Perkataan soy diambil daripada perkataan bahasa Jepun shoyu (kicap).

Kacang soya dianggap sebagai sumber protein lengkap, contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau vegan.

Apa itu Soya?

Kacang soya merupakan tanaman penting di Amerika Syarikat dimana ia merupakan sumber minyak dan makanan ternakan utama. Di Asia, kacang soya adalah penting bagi penghasilan barangan makanan seperti kicap, dan tempe.

Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk makanan soya (digunakan untuk makanan ternakan), tepung soya, tauhu, textured vegetable protein (TVP, yang dijadikan pelbagai jenis makanan pemakan sayuran, sesetengah daripadanya bertujuan bagi menyerupai daging), tempe, soya lecithin dan minyak sayuran. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan kicap.

Apa itu Soya? Apa itu GMO?

Kacang soya merupakan tanaman yang genetiknya sedang diubahsuai, dan GMO kacang soya digunakan dalam penghasilan yang semakin meningkat. Ketika ini, 80% daripada kesemua kacang soya yang ditanam bagi pasaran perdagangan adalah diubahsuai secara genetik (GMO) .

GMO ini sebenarnya adalah Organisma terubah suai secara genetik (genetically modified organism atau GMO) adalah organisma yang bahan genetiknya telah diubahsuai dengan menggunakan teknik, dalam bidang genetik, biasanya dikenali sebagai teknologi penyatuan semula DNA. Teknologi penyatuan semula DNA adalah keupayaan untuk mengabung molekul DNA daripada pelbagai sumber menjadi satu rantaian molekul dalam tiub pengujian. Dengan itu, keupayaan atau phenotaip organisma itu, atau kandungan protein yang dihasilkannya, boleh diubah melalui penukaran gennya.

Dalam kata lain yang lebih mudah untuk kita faham adalah GMO ni apabila mengubah genetik sesuatu tumbuhan untuk mendapat sesutu hasil. Contoh Genetik soya diubah bagi memastikan soya tidak mudah rosak, tahan cuaca yang lasak dan sebagainya. Namun demikian, perubahan genetik ini sebenarnya tidak baik untuk tubuh manusia jika kita mengambil dalam kuantiti yang banyak.

Apabila hasil soya khusus seperti tahu dan susu soya bertambah popular, maka wujudnya kesedaran dari manusia mengenai keburukan GMO. Dengan itu wujud perbagai syarikat kesihatan dan syarikat organik yang mengeluarkan soya bukan GMO, . Dari  ini, harga tahu dan susu soya biasa menurun berbanding barangan lama ada seperti daging dan susu.

 

Pengedar Shaklee Pengkalan Chepa,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS only)

COD Pengkalan Chepa

Pos Seluruh Malaysia

One Reply to “Apa itu Soya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge