Testimoni Shaklee

Ramai tanya saya, asyik cerita berkenaan shaklee je. Tak ada testimoni Shaklee ke? Isk mesti lah ada.Hari ini saya nak share testimoni Shaklee yang menarik.

jom ikut kisah menarik seorang guru mengenai  testimoni Shaklee

1. Sebelum kahwin 68kg + resdung + kulit kering.

2. Anak pertama (tanpa produk Shaklee) – 58kg breastfeeding smpai 28hari + susu tepung sebab puting berdarah saje kulit nipis dan tak tahan, kakak berikan susu dia sebab kesiankan anak 6 bulan baru breastfeed balik tapi bertahan sampai 9 bulan saje.

3. Anak kedua (tanpa produk Shaklee) – 56kg breastfeeding sampai 6 bulan + susu tepung, masalah yang sama doctor nasihatkan makan makanan yang berempah dan pedas untuk tebalkan kulit.

4. Anak ketiga (tanpa produk Shaklee) – 57kg breastfeeding sampai 3 bulan + susu tepung sebab masalah yang sama + kena kursus 3bulan terpaksa tinggal anak dan tak sempat nak hasilkan tenusu banyak2 untuk bekal anak.

5. Anak keempat(tanpa produk Shaklee) – 60kg breastfeeding smpai 6bulan + susu tepung sebab masalah yang sama.

Bermulanya Testimoni Shaklee

6. Anak kelima (dengan produk Shaklee) – 49kg FULL breastfeeding sampai sekarang (10bulan) tak campur susu tepung sebab puting dah tak bdarah lagi. Stok EBM sampai 150 botol. Sekali perah dapat 12oz. Kalau pergu kursus confirm roomate teruja tengok hasil perahan sebab banyak sangat dan confirm jugak chef yang kat dapur hotel tu datang interview sebab teruja. Kalau kursus 3 hari 24 botol mesti full punyer…

Yang best lagi yang ni dengan testimno ESP hari ini adalah :

Kulit makin cantik sampai bibik yang kat rumah ni selalu tenung aje muka majikan dia ni katanya ‘wah ibu!macam artissss.. (perasan lah pulak) tapi memang betul ZB dapat rasa perubahannya sebab ZB dah tak beli semua lotion, toner n mosturiser selepas dah habis (5bulan yang lalu) sebab ZB rasa macam dah tak perlukannya lagi.

Husband pulak yang comment ‘ Ayang kurus sangat lah, kena gemuk sikit baru ok. Nanti orang confused ni cikgu ke student? hihihi’. Saya usahakan untuk tambahkan kg sya dari 49kg ke 52kg sekarang. Baju dan seluar semua dah bertukar size bru. Dulu jeans size 33 sekarang 28. Hihihi.. TQ to Aimi shaklee.”

[Credit: Zuera Burn]

ESP Shaklee

Bulan ini (Oktober 2017) bulan yang paling ditunggu-tunggu peminat tegar ESP. Kenapa? Sebab bulan ini Shaklee menawarkan 5% diskaun untuk setiap pembelian 4 tin ESP tau.

Tapi apa itu sebenarnya ESP Shaklee?

ESP Shaklee atau nama panjangnya Energizing Soy Protien (ESP)  merupakan makanan tambahan protin berasaskan kacang soya.

KENAPA PROTIN PENTING BAGI TUBUH BADAN KITA?

Kerana protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Kekurangan protien menyebabakan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi prgan dan boleh membawa kepada kematian.

Apa yang menarik tentang ESP Shaklee

  1. Sumber “Protin Lengkap” dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
  2. Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan rendah kolestrol.
  3. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tanga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif.
  4. Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim serta hormon dengan sempurna.
  5. Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  6. Kandungan lemak dalam ESP Shaklee sangat minimum iaitu 1 gram dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  7. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
    Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.

Kelebihan ESP Shaklee

  • Menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan bersei.
  • Dapat membantu hilangkan parut jerawat.
  • Memberi tenaga berpanjangan serta menjadikan badan semakin sihat dan kurang keletihan.
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan,
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolestrol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
KESIMPULANNYA
ESP Shaklee membantu membentuk sel-sel badan yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama untuk diserap dengan efektif ke dalam badan, maka kesannya akan lambat dilihat.

Nak beli ESP Shaklee dengan harga promosi?

Klik je link ini PROMOSI ESP SHAKLEE 5% ini atau hubungi saya ditalian 0132223611 (WhatsApp/SMS)
Sahabat Shaklee Anda,
Farha Eahwan
0132223611 (WhatsApp/SMS)
Shaklee Pengkalan Chepa, Pos seluruh Malaysia

Manfaat Detoks

Detoks untuk Hidup Hebat

8 Manfaat Detoks

Seperti yang anda sedia maklum detoks merupakan cara untuk anda boleh mengurangkan toksik berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan anda. Namun bagaimana cara untuk anda memastikan bahawa detoks ini betul-betul berkesan? Apakah antara sebab khusus anda perlu fokus dalam membersihkan tubuh anda?

Tahukah Anda?
Membersihkan tubuh badan anda daripada toksik dan memenuhi kekosongan itu dengan nutrien yang teratur akan membuatkan minda anda inginkan makanan yang lebih berkhasiat.

KESAN POSITIF DETOKS

Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:

1. Manfaat Detoks – PENGURANGAN BERAT BADAN

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat
badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga
dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

2. Manfaat Detoks – MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN
SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)

Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahanlahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah
mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan
masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.

3. Manfaat Detoks – MEMBERI TENAGA

Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri
bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ua membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan

4. Manfaat Detoks – MENGURANGKAN NAFSU MAKAN

Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).

5. Manfaat Detoks – KULIT LEBIH CANTIK

Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan keihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh
anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah
anda. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda. Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja yang tidak menginginkannya?

6. Manfaat Detoks – MENGURANGKAN TEKANAN

Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan?  Ya: apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda anda akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh anda, kebolehannya untuk menyerap nutruen juga akan
menurun dan tubuh badan anda semestinya tidak gembira dengan perkara seperti ini – ia benar-benar menakutkan apabila ia mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi,
jika telah mengeluarkan toksin, anda boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh anda untuk hilangkan tekanan. Pembersihan dapat memperbaiki ketajaman minda dan membolehkan anda untuk mendapat tiduk yang lebih berkualiti

7. Manfaat Detoks – MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI

Radikal secara percuma! TIDAK! Ya, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jelik ini berusaha keras untuk membinasakan
sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

8. Manfaat Detoks – TIDUR LEBIH LENA

Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan secara percuma. Radikan percuma, juga mengakibatkan hormon tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem anda ini dengan mendetoks dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.

Sahabat Detoks Anda,

Farha Eahwan,

0132223611 (WhatsApp/SMS)

 

Kencing Kotor

Siapa penah dengar penyakit kencing kotor, meh share cerita korang semua dekat komen. Disaat sedang menulis entry kali ni, saya tengah berperang dengan kencing koter. Ya Allah sakitnya. Disebabkan sakit sangat lah tergerak hati nak kongsi serba sedikit mengenai kencing kotor ini. Mesti ada yang tanya macam mana sakit-sakit boleh menaip. kisahnya saya tengah memaksa diri untuk minum banyak air masak. So saya memaksa diri jangan baring. Nak sihat kena banyak berkorban kan. hehe..

Punca kencing kotor

punca sebenarnya ialah kuman yang berasal dari kulit dubur
faraj atau lubang dubur.kuman tersebut akan bergerak menuju ke pundi
kencing,ia membiak dan terus ke buah pinggang.

wanita hamil mudah mendapat kencing kotor kerana
selain ureter yang pendek perubahan hormon juga akan mempengaruhi.
sewaktu hamil otot saluran kencing sangt lemah dan menyebabkan
ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
dalam waktu yang sama rahim semakin membesar dan
ianya membuatkan air kencing tak keluar dengan sempurna atau sepenuhnya.
air kencing yang tak dapat dikeluarkan mengandungi kuman
dan kuman tu akan membiak.

Jom Kenali Kencing Kotor

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

  • Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
  • Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
  • Keradangan uretra atau uretritis.
  • Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala Kencing Kotor

  1. Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  2. Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  3. Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  4. Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  5. Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  6. Demam dan seram sejuk.

Komplikasi Kencing Kotor

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Penyebab dan faktor-faktor penyumbang Kencing Kotor

  • Penyebab UTI  yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.
  • Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
  • Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
  • Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.

Pengurusan sendiri (Apabila menghadapi masalah Kencing Kotor)

  1. Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
    Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
  2. Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkir keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
  3. Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
  4. Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
  5. Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Apakah yang boleh doktor lakukan untuk anda?

  • Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
  • Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
  • Memberi antibiotik tertentu.
  • Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.

Pencegahan Kencing Kotor 

  1. Meminum lebih banyak cecair; sekurang-kurangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
  2. Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
  3. Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.
  4. Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  5. Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fisikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
  6. Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
  7. Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
  8. Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  9. Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
  10. Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.

Maka waspada selalu.bakteria atau kuman berada dimana-mana jika ada kesan kepada kesihatan segeralah bertindak

Sahabat Sihat Anda,

Farha Eahwan,

0132223611 (WhatsApp/SMS)

 

Smoothie ESP

Assalammualaikum semua..

Ingat lagi tak, entry sebelum ni saya ada kongsikan resepi menarik ESP.  tapi saya cuma konsikan 3 resepi sahaja. Entry hari ini saya akan kongsikan lagi beberapa resepi smoothie ESP.  Jom tengok apa yang menarik untuk resepi smoothie ESP kali ini.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Kurma

Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma di dalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan anda bertenaga sepanjang hari lebih-lebih lagi ketika anda berpuasa!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais
3 biji kurma (direndam dahulu semalaman)

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Avokado

Mengandungi kandungan lemak sihat, tekstur avokado yang penuh krim serta lembut menjadikan ia minuman enak dan berkhasiat untuk diminum sebagai sarapan pagi. Ia memberikan anda nutrisi yang lengkap serta membuatkan anda berasa kenyang.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan avokado
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Kiwi

Smoothie yang kaya dengan nutrisi ini memberikan anda rasa segar pada hirupan pertama. Ia membekalkan anda protein serta serat yang tinggi dalam
membantu sistem penghadaman. Rasa sekali pasti nak lagi!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan Kiwi
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Nenas dengan Ais Krim

Smoothie berperisa tropika ini memberikan kebaikan vitamin C di dalam hidangan anda. Kisar satu gelas dan nikmati suasana seperti berada di pantai
yang hangat. Badan dan minda anda akan berasa tenang dan segar!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar of ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan nenas
2 skop vanilla flavoured ice cream
1 limau segar
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Mangga dan Anggur

Buah manga yang tinggi dengan vitamin serta serat merupakan kombinasi yang terbaik dengan tambahan buah anggur yang mengandungi polifenol, untuk manfaat kesihatan. Minuman yang lazat ini memberi rasa kenyang sehingga ke hidangan seterusnya.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate
Powder
1 cawan susu rendah lemak
½ cawan anggur tanpa biji
½ cawan mangga
1 sudu kecil biji chia
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.

Smoothie Protein (Smoothie ESP) Strawberi dengan mentega kacang

Manfaat strawberi untuk kesihatan tidak dapat dinafikan. Ia juga boleh
dijadikan sebagai perisa dalam protein smoothie. Dengan tambahan
mentega kacang membuatkan anda mahu menghirup sedutan kedua!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan Strawberi
1 sudu besar kacang mentega
1 sudu besar oat
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Kakak Smoothie,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

Kawal Tekanan Darah

 

Zaman sekarang ni kan rasanya terlalu banyak cerita yang kita  dengar yang berkaitan dengan masalah tekanan darah. tapiyangpaling popular adalah masalah tekanan darah tinggi. Jika zaman dahulu kita sentiasa menganggap bahawa tekanan darah hanya menyerang golongan tua, tetapi sebenarnya tekaan kita salah. Kenapa? Kerana masalah tekanan darah kini menyerang tidak kira usia mahupun jantina. Ini bermakna tekanan darah boleh menyerang lelaki, perempuan, tua mahupun muda. begitu juga ibu hamil. Maka dengan itu mengawal tekanan darah adalah sangat uama bagi memastikan kesihatan sentiasa terjamin.

Jom intai Cara Kawal Tekanan Darah

Kawal Tekanan Darah  1. Kurangkan Pengambilan Garam

Sumber: Google Image

Garam meningkatkan tekanan darah, jadi kurangkan pengambilan garam membantu mengurangkan tekanan darah. Tidak lebih daripada 6g garam dalam sehari. Garam bukan sahaja di dalam makanan yang dimasak, tetapi juga garam yang ditambah kepada segala macam makanan dari roti atau bijirin sarapan pagi.

Kawal Tekanan Darah 2. Pemakanan Seimbang

Sumber: Google Image

Selain mengurangkan pengambilan garam, diet sihat iaitu makanan yang seimbang dan rendah lemak diperlukan. Amalan pemakanan 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.

Kawal Tekanan Darah 3. Senaman

Sumber: Google Image

Sentiasa aktif adalah penting untuk mengawal tekanan darah. Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit (2 jam 30 minit) dengan melakukan aktiviti aerobik secara sederhana dalam tempoh seminggu. Ini termasuk berbasikal atau berjalan kaki pantas. Lakukan aktiviti lasak sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk menguatkan otot

Kawal Tekanan Darah 4. Berhenti Merokok

Sumber: Google Image

Merokok bukan hanya melibatkan paru-paru. Ia secara tidak langsung menjejaskan tekanan darah dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kawal Tekanan Darah 5. Mengurangkan Berat Badan

Sumber: Google Image

Jika anda obes atau berat badan berlebihan, dapatkan berat badan yang ideal. Indeks Jisim badan atau BMI yang sesuai boleh dikira untuk mengukur nisbah ketinggian kepada berat badan yang sihat.

Kawal Tekanan Darah 6. Mengurangkan Pengambilan Kafein

Sumber: Google Image

Tekanan darah boleh meningkat dengan pengambilan lebih 4 cawan kopi sehari. Kafein juga terkandung di dalam kola, teh dan juga coklat.

Kawal Tekanan Darah 7. Berehat / Bersantai

Sumber: Google Image

Bersantai boleh membantu kawal tekanan darah. Amalkan yoga, meditasi atau meneliti kursus-kursus pengurusan tekanan.

Sahabat Sihat,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

Resepi Brownies Kedut

Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Hari ni saya tergerak hati untuk menulis atau konsi resepi brownies kedut kegemaran saya. Sebenarnya saya dah banyak kali buat brownies tapi susah nak jumpa resepi yang kena dengan selera saya yang suka makan ni.

Resepi ini saya ambil dari blogger terkenal, Kak ita dari Masam Manis. Dulu saya pelik juga dari mana datangnya kedut ni. Yang menariknya Kedut brownies ni menjadi igauan ramai. Tapi kalau kedut dimuka, bakal menjadi mimpi ngeri. hahaha..

Kedutan itu terhasil dari penggunaan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan hampir 1/2 kg. Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya. Pilihan butter juga pilih butter yang baik dan sebaiknya menggunakan ulsalted butter. Ia akan menghasilkan tekstur brownies yang lebih lembut.

Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.  hah nampak tak betapa mudahnya nak buat brownies kedut ni.

Resepi Brownies Kedut

Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara membuat:

  1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
  2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
  3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
    Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
  4. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  5. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
  7. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
    Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  8. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Hiasan:

Untuk menghias brownies kedut ni ada bermacam cara. Antaranya sebelum brownies dibakar, kita boleh la tabur almond slice pada permukaan brownies. Selain dari itu boleh juga menghias brownies dengan nuttela/karamel. Jika ingin menghias dengan coklat nuttela/karamel, pastikan hias selepas brownies ini masak. insyaAllah rasanya sangat ummmppphhh..

Selamat mencuba

Pengemar Brownies,

Ummi Farha

 

Promosi ESP

Tau tak, sepanjang bulan Oktober (10) 2017 ada sesuatu yang menarik tau. apakah itu?

PROMOSI ESP!

Sepanjang saya mendaftar sebagai ahli shaklee, boleh dikatakan ESP sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan. Nak tau sebab apa? salah satu sebabnya adalah ESP ini sesuai untuk semua golongan. Lelaki, perempuan, tua dan muda. Ibu hamil & ibu menyusu? Sangat digalakkan minum ESP ni tau.

Untuk pengetahuan semua, bulan ini shaklee telah memilih untuk menjadi bulan promosi ESP. Dimana setiap pembelian 4 Tin ESP Soy Protein didalam satu resit, melayakkan kita mendapat 5% diskaun. Promosi ESP ini sah sepanjang bulan Oktober 2017 tau. Wah seronoknya. Pada penggemar protein shaklee, ESP jangan lepaskan peluang ini tau. Hah, masa inilah kita boleh guna untuk mendapat penjimatan. Boleh lah kumpul order dari sahabat atau adik beradik untuk mendapatkan penjimatan sebanyak 5%.

Apa yang menarik sangat dengan promosi ESP?

okey sebelum itu meh saya kongsi serba sedikit mengenai ESP yang sentiasa mendapat tempat dihati pelanggan saya. ESP dapat memberikan tenaga Berterusan. ESP juga berasaskan Protein Tumbuhan YangBerkualiti Tinggi

  • Membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility
    Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi
    protein keterhadaman dan protein yang paling
    berkualiti.
  • Mengandungi 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium.
  • Tanpa kolesterol
  • Protein soya membantu menurunkan paras
    kolesterol*.

*Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan
penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari

Macam mana nak dapat Promosi ESP ini?

Ada dua (2) cara untuk mendapatkan ESP promosi ini tau.

Cara pertama (1) dengan membuat pembelian dengan klik link PROMOSI ESP OKTOBER 2017

Cara kedua (2) adalah dengan mengubungi saya ditalian 0132223611 (WhatsApp/SMS)

Berapa Harga Promosi ESP ini?

Harga 1 tin ESP Soy Protein ini ialah RM161.25 sahaja. Walaubagaimanapun, terhad pada bulan Oktober 2017 ini, Shaklee menawarkan diskaun 5% untuk setiap pembelian 4 tin ESP Soy Protein di dalam 1 resit. Jadi, anda hanya perlu bayar RM612.75 sahaja  (tak termasuk GST & postage).

Tapi, nanti dulu. Anda pun boleh dapat keahlian Shaklee percuma dengan bayaran RM612.75 tau. Jadi, automatik berpeluang untuk mula kumpul points sebagai ahli.

Jadi, untuk penjimatan berganda, WhatsApp/SMS saya di 0132223611 untuk saya bantu anda daftar ahli & buat pembelian 4 set ESP Soy Protein ini. Jimat banyak tau!

Sahabat Shaklee Anda,

Farha Eahwan,

0132223611 (WhatsApp/SMS)

Shaklee Pengkalan Chepa,

Pos Seluruh Malaysia

Resepi ESP

Teringin sesuatu yang lazat dan berkhasiat? Semestinya ESP!

Jom hari ini kita belaja RESEPI ESP. Eh jangan salah faham tau. bukan resepi cara buat ESP. Tapi resepi minuman yang menggunakan ESP sebagai bahan utama.

Seperti yang kita tahu, ESP ini membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Pengambilan protein pastinya menyeronokkan, lazat dan berkhasiat! Jika inginkan kudapan yang manis dengan campuran buah-buahan tropika dalam diet harian kita, jadikan smoothie bernutrisi ini sebagai snek harian. Pelbagai resipi protein (Resepi ESP) dikongsikan di sini, untuk kita cuba! Semuanya pasti menyelerakan dan mengujakan!

Resepi ESP yang pertama (1) adalah Smoothie Protein
Pisang Oat

Pisang membekalkan tenaga serta sumber kalium yang tinggi kepada badan. Kalium baik untuk jantung dan membantu dalam penyerapan kalsium. Resipi smoothie pisang oat yang lazat ini pastinya membuatkan anda berasa cergas untuk menjalani aktiviti harian.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
2 sudu besar oat
2 pisang (saiz kecil)
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Resepi ESP yang kedua (2) adalah Smoothie Protein Nenas dan Oren

Buah oren dan nenas yang tinggi kandungan vitamin C ini memberikan
anda rasa segar yang berpanjangan. Ia juga boleh dijadikan sebagai snek yang
lazat!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan nenas
1 cawan oren
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Resepi ESP yang ketiga (3) adalah Smoothie Protein Betik dan Halia

Redakan sakit perut dengan resipi smoothie yang mudah ini. Betik dapat membantu proses penghadaman, dan halia yang memberi rasa segar merupakan kombinasi duo yang menarik. Minuman yang enak dengan rasa tropika semestinya menjadi pilihan ramai!

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan betik (potong & disejukkan)
2 sudu teh halia (potong kecil)
½ cawan perahan lemon
1 cawan ais
½ cawan air

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.

Resepi ESP yang keempat (4)  adalah Smoothie Protein Oreo

Jika anda suka menikmati oreo, ini adalah resipi terbaik untuk anda cuba. Dengan menggunakan biskut oreo, rasa vanila coklat dirasai bersama dengan protein yang sihat & berkhasiat! Smoothie yang enak ini kaya dengan protein dan tenaga.

Sumber: Google Image

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan susu rendah lemak
2 keping biskut Oreo (Dihancurkan)
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati

Sahabat Smoothie,

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)

Tips Memilih Protein

5 Tips Memilih Protein

Hari ini saya nak berkongsi tips untuk memilih protein yang betul. Kenapa tips memilih protein ini sangat penting? Tips memilih protein sangat penting untuk  kita mengetahui mana yang terbaik ntuk kita dan keluarga kita.

1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan-GMO?
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?
Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.

Jadilah pengguna yang bijak. Sebelum membeli pastikan kita mengaji protein yang bakal atau yang sedang kita makan. Ini untuk mengelakkan kita rasa tertipu dan untuk memastikan kesihatan kita kekal terjamin. Saya harap tips memilih protein ini dapat membantu kita semua lebih bijak sebelum membeli.

Sahabat Prihatin

Farha Eahwan

0132223611 (WhatsApp/SMS)